
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak menyita sebuah Audi R8 selepas didapati lesen kenderaan motor (LKM) telah tamat tempoh dalam ‘Ops Luxury’, pada Isnin.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati kereta sukan itu memiliki insurans yang sah.
“Susulan itu, anggota penguatkuasa telah mengeluarkan Notis Saman P22 dan Notis Sita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 Akta 333 kepada pemandu bagi tujuan penahanan kenderaan untuk tindakan selanjutnya.
“Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan,” jelasnya.
Sehubungan itu, pihak JPJ menasihatkan semua pemilik kenderaan agar prihatin dan memastikan LKM serta polisi insurans sentiasa diperbaharui demi menjamin keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain, di samping mengelakkan tindakan penguatkuasaan.




