[Video] Gara-gara status FB, seorang lelaki pecahkan cermin dan bakar Proton Waja

2009

Angkara perselisihan faham berkaitan hantaran di Facebook, seorang lelaki bertindak di luar kawalan merosakkan dan membakar sebuah Proton Waja yang diletakkan di Jalan BK5, Bandar Kinrara.

Terdapat empat rakaman video berdurasi lebih satu minit yang dimuat naik di Facebook tersebut tular, memaparkan seorang lelaki mengamuk membuat provokasi dan menggunakan seketul batu memecahkan cermin kereta terbabit.



Bagaimanapun tidak diketahui punca pergaduhan kerana menerusi video tersebut pihak terlibat menggunakan bahasa Tamil. 

Dipercayai sekitar jam 8.40 malam kereta yang dirosakkan itu dibakar dengan perbuatan khianat. Bagaimanapun, pihak polis menahan seramai lima suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun untuk siasatan lanjut. 

Hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, seorang lelaki berusia 42 tahun mengaku membakar kenderaan terbabit.

Dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi ditahan kerana membakar kereta disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

BACA>>Beratus-ratus aku habis, itu cara dia pemilik bakar Proton Wira sakit hati kereta masih tak OK!

BACA>>Perselisihan faham jadi punca majikan bakar motosikal pekerja

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here