Modenas kini pengedar rasmi motosikal Kawasaki di Malaysia

1772

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Modenas kini dilantik sebagai pengedar rasmi Kawasaki di Malaysia berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu merangkumi pengedaran bagi semua rangkaian produk Kawasaki termasuk motosikal, alat ganti, aksesori, dan maklumat khidmat pelanggan yang melibatkan perkhidmatan teknikal termasuk kempen panggil balik produk jika diperlukan.



Bagi melancarkan lagi proses ambil alih, EMOS akan menjalani tempoh peralihan selama enam bulan yang turut dibantu oleh KMSB Motors Sdn Bhd.

Dalam tempoh itu, pemilik motosikal Kawasaki masih boleh kembali kemana-mana wakil pengedar atau stokis Kawasaki bagi pembelian serta pertanyaan alat ganti dan perkhidmatan teknikal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here