‘Beratus-ratus aku habis, itu cara dia,’ pemilik bakar Proton Wira sakit hati kereta masih tak OK!

14311

Seorang lelaki bertindak membakar kereta miliknya gara-gara sakit hati sudah berhabis banyak wang namun keretanya masih lagi rosak.

Menerusi video yang dikongsi akaun @abejebat5145 itu menunjukkan suara lelaki berkenaan yang membebel geram lalu membakar Proton Wiranya.

@abejebat5145

Bakar Keta sebab dah banyak habis repair.#fyp #foryoupage #fypシ #malaysia #indonesia

♬ bunyi asal – AbeJebat – AbeJebat



“Itu cara dia, barulah hidup..semalam enjin tak hidup. B*** punya binatang beratus-ratus aku habis tak berduit, ko buat hal lagi mampusla.

“Lu ingat gua main-mainke,” katanya.

Bagaimanapun tidak diketahui kerosakan yang dialami sehingga membuatkan pemilik membuat keputusan untuk membakar kereta miliknya. 

Bahkan pada video kedua juga menunjukkan rakaman dari jauh keadaan api marak membakar kereta tersebut dan beberapa orang penduduk sekitar mendekati rumah lelaki berkenaan. 

@abejebat5145

Bukan aku yg bakar 😑#fyp #foryoupage #fypシ #malaysia #indonesia #covid19

♬ bunyi asal – AbeJebat – AbeJebat

Susulan daripada perkongsian itu, ramai pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu. 

“Kereta Proton dah lama selalu buat hal, Waja akupun macam tu. Takdela bakar tolak besi buruk jelah.”

“Daripada membazir bakar kereta, lebih jual dekat bengkel spare part dapat juga duit, ini membazir buta-buta sahaja,” 

“Awak nak bakar kereta ke nak bakar apa-apa sahajalah, pergi bakar dekat tempat lain jangan sesukahati main bakar dekat kawasan perumahan.

“Aku kete Saga burukpun jaga baik, beribu habis, koy ikhtiar besi burukpun dapat gak.”

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here