Cucuk rapat, Honda HR-V berjaya celus palang tol

2051

Seakan musim pula apabila ramai yang berkongsi video kejadian kenderaan mengelak daripada membayar tol.

Terbaharu, tular sebuah video rakaman papan kemuka (dashcam) menunjukkan pemandu Honda HR-V mengekori rapat kenderaan yang dipandu seorang wanita, kerana tidak mahu membayar tol. 



Namun, taktik pemandu HR-V tersebut berjaya apabila dia berjaya celus walaupun palang tersebut sudah mula turun. 

Menerusi perkongsian video di Twitter, dapat dilihat HR-V tersebut hampir-hampir sahaja ‘mencium’ belakang kereta wanita terbabit.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu itu, yang bukan sahaja melanggar undang-undang malah boleh menyebabkan perlanggaran.

“Gara-gara setitik H, rosak H sebelanga hahahahahahaha buat malu je!!! hahahaha.”

“Kena ketuk dgn palang pun okay, janji tak kena bayar tol. Pakai ja keta mahal tapi kedekut & BODOH.”

Bagaimanapun, wanita tersebut membuat aduan di Pejabat Tol Kajang Selatan dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana membantu memberi maklumat supaya tindakan di ambil ke atas pemilik HR-V tersebut.

BACA>>Elak bayar tol, Lamborghini Aventador menyusup bawah palang?

BACA>>Toyota Altis dan Perodua Bezza tak nak beralah masuk lorong tol, ulasan abang lori bikin ketawa

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here