Pelancaran Hyundai Staria di Malaysia semakin dekat, tempahan kini dibuka

885

Bakal debut tidak lama lagi di pasaran tempatan, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan tempahan Hyundai Staria Premium kini dibuka di semua wakil jualan sah jenama berkenaan.

Selain itu, tempahan juga boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Hyundai. MPV mewah serba baharu tujuh kerusi berkenaan menyasarkan pengguna profesional dan keluarga urban yang aktif.



Staria menampilkan bahasa rekaan futuristik dan ikonik acah kapal angkasa yang diperkemaskan.  

Bahagian depan menampilkan satu garis panjang lampu nyala siang (DRL) bersama gril besar di bawahnya yang kemudian diapit dengan lampu utama bentuk kiub LED yang disusun menegak. 

 

Hyundai memilih warna sama dengan badan di bahagian depan bagi memaksimumkan penggayaan asli dan moden. Kemudian bahagian sisi dipadankan dengan cermin yang lebih besar tanpa garis bingkai dan badan menjadikan rekaan lebih ringkas dan bersih.

Pendekatan sama juga dilakukan pada bahagian belakang yang mana cermin dan pintu but besar dengan permukaan rata bersama bampar yang lebih slim dengan kemasan krom di bawahnya. 

Lampu belakang pula menegak dan panjang yang menampilkan rekaan grafik  Parametric Pixel sama seperti Ioniq 5. Sementara bahagian kabin menawarkan keselesaan premium dengan ruang lebih lapang, selesa dan fleksibel.

Bahagian glove pada barisan kerusi penumpang pertama dialihkan ke depan untuk mendapatkan ruang kaki lebih luas. Keselesaan dan tawaran ruang kabin juga bergantung kepada susunan kerusi penumpang.

BACA>>Hyundai perkenal transmisi manual tanpa klac, kini orang malas pun boleh pandu manual!

Kerusi dua dan tiga dioptimumkan untuk kegunaan perniagaan dengan tawaran kargo maksimum hampir 5000 liter. Dari segi dimensi Hyundai Staria nampak besar.

MPV premium berkenaan memiliki dimensi lebih besar berbanding Starex iaitu panjang 5,253mm (+103mm), lebar 1,997mm (+77mm), tinggi 1,990mm (+55mm) dan jarak roda 3,273mm (+73mm).

Hyundai Staria Premium pasaran tempatan ditawarkan dengan enjin 2.2 CRDi turbo diesel yang menghasilkan kuasa 175hp dan tork 431Nm bersama transmisi 8-kelajuan automatik.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here