[Video] Berhenti tengah lebuh raya, MPV Toyota ini terus dapat balasan…

8300

Insiden sakit hati atau amarah di jalan raya sebenarnya menyusahkan pengguna jalan raya lain. Apa yang berlaku di Hong Kong ini menjadi pengajaran penting buat mereka yang terlibat. 

toyota
Gambar Hiasan

Menerusi rakaman kamera papan pemuka trak tersebut menunjukkan MPV Toyota berwarna hitam itu berhenti di lorong tengah manakala sebuah teksi berada di lorong kiri dan sebuah teksi lagi di belakang MPV tersebut.

Kemudian teksi di belakang MPV tersebut cuba memotong ke lorong kanan namun pemandu MPV Toyota itu cuba menghalang. 



Kejadian yang tidak diketahui penghujungnya itu terganggu apabila sebuah trak yang menghampiri kenderaan tersebut terpaksa membrek keras bagi mengelak kedua-dua kereta itu.

Namun, kejadian itu satu pengajaran dan balasan buat MPV tersebut apabila muatan lumpur trak tersebut tertumpah bukan saja ke jalan raya bahkan menyelimuti MPV Toyota hitam berkenaan.

Berdasarkan video ringkas itu juga boleh dilihat hentaman kuat menyebabkan cermin belakang MPV itu pecah sehingga percikan lumpur memasuki bahagian kabin. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here