“TBS dah macam lapangan terbang,” warga Indonesia puji stesen bas Malaysia

284

Seorang warga Indonesia memuji Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang efisien bahkan seperti berada di lapangan terbang.

Menggunakan akaun X @gerbongbagasi, Gaz yang merupakan warganegara Indonesia kagum dengan susun atur stesen bas yang mesra pengguna serta papan tanda ketibaan dan pelepasan bersaiz besar yang mudah dilihat.



“Sistem penjualan tiketnya terpusat. Semua kaunter jualan tiket bas ke pelbagai lokasi.  Gak tau deh bagi hasilnya kayak gimana,” tulisnya.

Dia juga menjelaskan susun atur bangunan yang ringkas mudah untuk difahami buat pengunjung dan membandingkan dengan terminal bas yang terletak di Timur Jakarta. 

“Masuk Terminal Bersepadu Selatan (TBS), KL tuh tak susah. Masuk gedung langsung ketemu lobby dan kaunter tiket seperti yang ada di foto, layout bangunannya mudah dipahami.

“Sedangkan kalau di Terminal Pulogebang masuk bangunan aja udah dibikin bingung cari loket agen PO busnya ada di sebelah mana, belum lagi diganggu agen yang merengsakan.

“Selain itu ruangan dalam Terminal Pulogebang rasanya terlalu sempit untuk menempatkan puluhan loket agen PO bus,” kongsinya. 

Selain itu, tambahnya lokasi TBS yang strategik memudahkan pelancong mendapatkan pengangkutan awam yang lain misalnya LRT. 

“Jalan ke bawah sikit sudah ada sambungan KTM sama LRT, masuk pusat kota boleh transit lagi naik MRT, sangat mudah tidak susah bahkan tidak terlalu sesak,” jelasnya.

TBS merupakan stesen bas bersepadu yang menyediakan perkhidmatan bas ke Semenanjung Malaysia yang siap pada November 2010.

Kos pembangunan RM570 juta dengan keluasan kawasan 20 hektar itu terletak berhampiran KLIA Express Rail Link (ERL), LRT Laluan Sri Petaling/Ampang dan KTM Komuter.

Terminal itu juga dihubungkan melalui Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) , Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here