Puspakom : Kira-kira 284,000 kenderaan tidak lepas pemeriksaan berkala tahun lalu

274

Sebanyak 20.3 peratus daripada lebih 1.4 juta kenderaan tidak melepasi pemeriksaan berkala di Puspakom, tahun lalu. 

Antara punca kegagalan yang dikenalpasti adalah bahagian atas kenderaan, brek, gelincir sisi, pelepasan asap, bahagian bawah kenderaan, suspensi dan lain-lain.

Mahmood Razak Bahman

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata daripada jumlah berkenaan sekitar 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan berada di atas jalan raya untuk memastikan keselamatan awam.



“Pada asasnya, setiap hari Puspakom dan ahli-ahlinya memastikan kenderaan yang selamat dan layak berada di atas jalan raya. Selama hampir 30 tahun kami berpegang kepada prinsip ini.

“Peningkatan ketara dalam kecekapan perkhidmatan dengan purata masa pemeriksaan kenderaan dapat dikurangkan kepada 37 minit, berbanding 60 minit direkodkan beberapa tahun lalu,” katanya pada majlis Persidangan Kumpulan Penasihat Serantau CITA (“RAG”) di Malaysia. 

Puspakom bersama lebih daripada 30 ahli daripada Jawatankuasa Pemeriksaan Kenderaan Bermotor Antarabangsa (CITA) yang mewakili 11 negara bersidang di Kuala Lumpur bagi RAG di Malaysia, baru-baru ini.

Persidangan itu bertujuan untuk menekankan kepentingan usaha kolaboratif dalam menangani cabaran keselamatan jalan raya dan pelepasan asap dalam skala global.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here