PUSPAKOM perkenalkan urusan urusniaga tanpa tunai secara berperingkat

1168

PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) memperkenalkan urusniaga pembayaran tanpa tunai dan pengeluaran laporan pemeriksaan dan resit serta tanpa kertas di pusat pemeriksaannya bermula 5 April ini.

urusniaga tanpa tunai puspakom

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail, pelaksanaan urusniaga digital ini jalankan secara berperingkat, bermula di pusat pemeriksaan PUSPAKOM di Wilayah Tengah sebelum diperluaskan ke semua pusat pemeriksaannya di seluruh negara.



“Ianya adalah inisiatif PUSPAKOM bagi menggalakkan transaksi tanpa sentuh dan mesra alam di kaunter mereka.

“Ia juga memudahkan pelanggan membuat pembayaran untuk pemeriksaan mereka tanpa membawa tunai, di samping mengurangkan penggunaan bahan kertas bagi mencetak resit serta laporan pemeriksaan,” katanya.

Di peringkat awal, katanya pelaksanaan program tanpa tunai dan tanpa kertas akan bermula pada 5 April ini di pusat pemeriksaan di Wilayah Tengah, disusuli pada 5 Mei depan di Wilayah Utara, 5 Jun untuk Wilayah Selatan, 5 Julai bagi Wilayah Timur dan akhir sekali pada 5 Ogos di Sabah dan Sarawak.

urusniaga tanpa tunai puspakom

“PUSPAKOM mensasarkan semua urusan secara tunai serta cetakan resit dan laporan pemeriksaan akan ditamatkan menjelang bulan Oktober tahun ini.

“Sistem ini amat sesuai untuk norma baharu yang dilalui ketika ini dan pembayaran digital semakin meningkat di Malaysia, terutamanya ketika penularan pandemik Covid-19.

“Justeru, perlaksanaan ‘Tanpa Tunai, Tanpa Kertas’ di PUSPAKOM amatlah bertepatan, kerana ia mengurangkan interaksi ‘face-to-face’ (bersemuka) diantara orang awam dengan kakitangan PUSPAKOM.

“Selain sejajar dengan proses dan inisiatif automasi dan pendigitalan PUSPAKOM,” katanya.

Shukor menjelaskan, semua transaksi akan direkod dan disimpan di pengkalan data PUSPAKOM, sekaligus meningkatkan ketelusan dan integriti PUSPAKOM di mata masyarakat.

Data ini juga, katanya membolehkan pengguna memantau aktiviti kewangan dan transaksi yang berkaitan pemeriksaan kenderaan mereka di PUSPAKOM.

urusniaga tanpa tunai puspakom

“Pelaksanaan urusniaga secara digital ini adalah lanjutan daripada sistem MyPUSPAKOM yang mula diperkenalkan pada tahun 2017.

“MyPUSPAKOM ialah platform menetapkan temujanji pemeriksaan dan pembayaran secara dalam talian melalui FPX, kad debit, kad kredit dan e-dompet,” jelasnya.

Katanya, selain kad debit dan kad kredit, e-dompet yang akan diterima oleh PUSPAKOM termasuk PUSPAKOM e-wallet, Maybank QRPay, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, WeChat Pay dan Alipay.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000 atau Live Chat di www.puspakom.com.my atau mengikuti Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here