Puspakom perketatkan polisi pemulangan bayaran balik temujanji dalam talian

2597

Puspakom Sdn. Bhd. mengetatkan polisi pemulangan bayaran balik temujanji dalam talian MyPUSPAKOM bagi mengatasi isu tempahan temujanji palsu dan tempahan temujanji secara berlebihan.

Polisi baharu ini dibuat kerana majoriti permohonan pemulangan bayaran balik adalah daripada pemilik akaun yang membuat temujanji palsu atau membuat temujanji dengan banyak pada satu-satu masa dan seterusnya membuat pembatalan pada temujanji tersebut.



Berdasarkan hasil siasatan Puspakom, ada pemilik akaun MyPUSPAKOM membuat tempahan temujanji antara 100 hingga 500 tempahan dalam talian dalam masa sebulan.

Namun, mereka tidak hadir menjalankan pemeriksaan kenderaan pada waktu temujanji.

Akibat daripada ini, slot temujanji MyPUSPAKOM kerap penuh. Kumpulan-kumpulan ini
difahamkan adalah orang tengah atau runner, yang menjalankan aktiviti mengaut
keuntungan dengan menawarkan slot-slot temujanji yang ditempah mereka kepada
pelanggan yang ingin menjalankan pemeriksaan kenderaan.

Puspakom

Pengguna akaun MyPUSPAKOM yang mempunyai kekerapan menjadualkan semula
tempahan, membuat pembatalan dan memohon pembayaran balik akan dipantau dan
disekat oleh sistem MyPUSPAKOM secara automatik.

Mulai 10 Oktober 2020, Puspakom tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pembayaran balik berdasarkan situasi berikut:

1. Pelanggan tidak hadir untuk pemeriksaan kenderaan pada tarikh temujanji.

2. Mereka tidak dapat membuat pemeriksaan kerana tidak membawa dokumen
yang lengkap.

3. Mereka membawa kenderaan yang berbeza dari kenderaan yang dinyatakan
dalam slip pengesahan temujanji.

4. Mereka gagal memenuhi lain-lain terma dan syarat yang ditetapkan

Untuk makluman, Puspakom akan membenarkan maksimum sehingga 3 tempahan
temujanji bagi kenderaan persendirian untuk setiap pelanggan/pengguna sehari.

Puspakom

Pihak Puspakom juga memberi jaminan kepada pelanggan bahawa ketersediaan slot pemeriksaan tidak melebihi 3 hari berkerja berbanding sebelum ini iaitu 7 hari atau lebih.

Pelanggan Puspakom disarankan supaya tidak melanggan perkhidmatan runner yang tidak beretika dan berhenti membeli slot temujanji dari mereka.

Puspakom

Orang ramai juga boleh menghubungi 03-2052 8989 atau menghantar e-mel kepada whistleblower@puspakom.com.my dengan segera sekiranya dihubungi oleh orang tengah atau runner yang menawarkan slot pemeriksaan, yang kebiasaanya menjual dengan harga yang amat tinggi.

Pengguna akaun MyPuspakom dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat di www.mypuspakom.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here