MINI Cooper S Countryman Sports kini dengan dua edisi baharu, 38 unit sahaja setiap satu

2225

MINI Malaysia memperkenalkan dua edisi terhad untuk Cooper S Countryman Sports, iaitu Blackline Package dan Panoramic Sunroof.

MINI Cooper S Countryman Sports with Blackline Package

Harga: RM243.280.38



Edisi ini hadir dengan kemasan Piano Black untuk bahagian yang sebelum ini krom. Antara bahagian yang menerima kemasan serba hitam ini adalah gril depan, perumah lampu depan dan belakang, pemegang pintu, emblem MINI dan emblem Countryman Cooper S.

Pilihan warna badan adalah British Racing Green dan Light White, dan dipadankan dengan bumbung hitam.

MINI Cooper S Countryman Sports with Panoramic Sunroof

Harga: RM247,280.38

Untuk edisi Panoramic Sunroof ini pula, seperti pada namanya, memberikan bumbung panoramik untuk menawarkan sensasi “kebebasan” kepada pemandu.

Kedua-dua edisi ini hanya ditawarkan sebanyak 38 unit masing-masing untuk pasaran Malaysia. Dari segi rangkaian kuasa, kedua-dua edisi ini juga masih dipacu oleh enjin 2.0-liter TwinPower Turbo yang sama, dengan 192hp dan 280Nm tork.

Digandingkan pula dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan, MINI Cooper S Countryman Sports mampu memecut ke 100km/j dalam 7.5 saat, dan mencapai kelajuan maksima 225km/j.

Bahagian dalaman kedua-dua kereta adalah serba hitam. Countryman ini didatangkan dengan siling Anthracite, tempat duduk sports Carbon Black, dan pakej kabin Piano Black.

Kereta ini turut dilengkapi dengan sistem audio Harman Kardon 12 pembesar suara dengan DSP Amplifier dan Class-D.

Unit infotainmen ialah MINI Navigation System dengan skrin 8.8-inci yang turut mempunyai kad SIM 4G, dan menyokong Apple CarPlay dan Wireless Charging.

Ciri teknologi lain termasuklah MINI Connected, Intelligent Emergency Call, MINI TeleServices, dan Remote Services.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here