Lelaki ini cuba baiki lubang pada jalan raya, elak berlaku kemalangan

1881

Lubang pada jalan raya sememangnya menyusahkan pelbagai pihak, terutamanya kepada pengguna jalan raya itu sendiri. Masalah ini berkemungkinan akan menyebabkan kemalangan dan kematian, jika ianya tidak dibaik pulih secepat mungkin.

lubang jalan

Baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial yang memaparkan seorang pengguna cuba menutup satu lubang di jalan raya. Kejadian difahamkan berlaku di Johor.



Berdasarkan gambar, dapat dilihat seorang lelaki bersama tong cat yang dipenuhi dengan batu bata yang difahamkan telah dikutip terlebih dahulu.

Dia kemudian dilihat meletakkan dan menyusun batu bata tersebut ke dalam lubang, bagi mengurangkan kedalamannya.

Walaupun hasil kerjanya tidaklah begitu memuaskan seperti apa yang pihak berwajib lakukan, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kedalaman lubang dan tidak menjejaskan kenderaan yang melalui lubang tersebut.

Selain patut dicontohi, tindakan lelaki ini juga dikagumi ramai netizen kerana ianya berkemungkinan besar dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here