Nombor pendaftaran J4 dijual dengan harga RM2.93 juta di Britain

1068

Nombor pendaftaran kenderaan di Pulau Jersey, Britain yang menampilkan dua karakter iaitu J4, berjaya dijual dengan harga £380,000 (RM2.03 juta). Ianya difahamkan dibeli oleh seorang pembida misteri.

J4 juga difahamkan merupakan nombor pendaftaran bagi kenderaan jenis Chrysler Vo­yager milik Leftenan Gabenor Jersey, Sir Stephen Dalton yang mewakili Ratu Elizabeth II.



Ia juga merupakan nombor pendaftaran satu angka pertama yang dikeluarkan oleh pulau tersebut.

Meskipun nombor plat berharga lebih RM2 juta itu sudah dijual, namun mengikut undang-undang pendaftaran di Kepulauan Channel, semua plat yang bermula dengan huruf J adalah hak milik kerajaan.

Jersey merupakan salah sebuah pulau di Kepulauan Channel dan terletak dalam jajahan Britain.

Pembeli nombor pendaftaran tersebut hanya mendapat hak untuk mengunakannya pada kereta milik persendirian sahaja.

nombor pendaftaran j4

Menurut pelelong yang bertanggungjawab menganjurkan acara lelongan tersebut, Simon Drieu, harga nombor pendaftaran kereta bergantung kepada bilangan angka yang tertera.

“Angka lebih kecil pada nombor plat menyebabkan nilainya bertambah mahal,” kata Drieu lagi.

Harga nombor pendaftaran tersebut juga berjaya memasuki carta 10 nombor pendaftaran harga paling mahal di Britain.

Pemegang ‘takhta’ carta tersebut adalah nombor pendaftaran 25 O yang dijual pada harga £518,480 (RM2.77 juta) pada 2014.

Nombor pendaftaran termahal dunia ialah D5 yang didaftarkan di Dubai berharga £7,324,207 (RM39.17 juta).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here