Padah guna nombor pendaftaran Perancis, kereta Rolls-Royce milik Paul Pogba disita

2929

Sebuah kereta Rolls-Royce milik Paul Pogba telah disita oleh pihak polis tempatan setelah ia didapati memandu dengan menggunakan nombor plat Perancis.

Menurut satu laporan, bintang Manchester United tersebut dilihat memandu sebuah Rolls-Royce Wraith Black Badge dan telah ditahan oleh pihak berkuasa berdekatan susur keluar lapangan terbang Manchester. 



Kereta edisi khas tersebut telah disita oleh pihak polis Greater Manchester, dan Pogba telah dibawa menaiki kereta peronda.

Menurut undang-undang, jika seseorang mempunyai kenderaan luar yang berada di Britain melebihi enam bulan, kenderaan tersebut mesti didaftarkan dengan Agensi Pelesenan Pemandu dan Kenderaan United Kingdom dan menggunakan nombor pendaftaran United Kingdom. 

Namun, jika pemilik kenderaan luar tersebut tinggal di United Kingdom, dia mesti mendaftarkan keretanya dalam masa dua minggu selepas mengimportnya ke negara itu.

Rolls-Royce Pogba

Pogba diberi masa selama dua minggu untuk mendapatkan kembali Rolls-Royce miliknya. Dia perlu membayar sebanyak £150 (RM790) dan tambahan £20 (RM105) pada setiap hari keretanya tidak dituntut.

Menurut pihak polis, kenderaan milik Pogba tersebut disita di bawah seksyen 165 Akta Lalu Lintas Jalan Raya negara tersebut. 

Pemain kebangsaan Perancis tersebut kembali menjalani sesi latihan selepas pulih dari kecederaan panjang. Selain itu, dia juga telah dikaitkan dengan beberapa perpindahan keluar dari Old Trafford.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here