Kena himpit dua lori, netizen puji ketahanan Rolls-Royce Ghost walau remuk

5580

Semalam tular rakaman video dan foto menunjukkan sebuah model Rolls-Royce Ghost terhimpit di antara dua buah lori treler.

Kejadian tersebut berlaku di kawasan Terowong Menora-Ipoh Utara (KM264.0 arah Selatan) sehingga menyebabkan trafik sesak sejauh 7.5km dari arah Sungai Perak menuju ke Ipoh Utara. 



Menerusi penjelasan salah seorang saksi, pada awalnya lori treler belakang tersebut berada di lorong paling kanan kerana pemandu mahu memberhentikan kenderaan tersebut menggunakan pembahagi jalan ekoran terdapat masalah pada brek angin.

Namun, lori treler tersebut masuk semula ke tengah jalan menyebabkan ia merempuh belakang sebuah kereta Rolls-Royce sehingga terhimpit dengan lori lain yang berada di depan. 

Berdasarkan apa dilihat di bahagian luaran Rolls-Royce berwarna hitam tersebut remuk akibat tersepit di tengah antara dua treler. Namun, walaupun dihimpit dua treler, kereta mewah itu masih teguh dan tidak menjejaskan ruang kabin penumpang.

Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak melibatkan kehilangan nyawa dan dilaporkan pemandu dan penumpang Rolls Royce tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

@awieshah

kejadian tadi selepas terowong menora hala selatan.. alhamdulillah semua selamat.. yg tk thu cerita jgn buat palatau..

♬ bunyi asal – 👉AYEN77 Gss👈 – 👉AYEN77 👈

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here