Bina Rolls-Royce Cullinan mini ini lebih lama berbanding model sebenar

758

Pengeluar automotif Britain muncul dengan satu lagi model istimewa iaitu mini Cullinan.

Ia bukannya boleh dipandu tetapi sebuah model skala 1:8 Cullinan untuk koleksi. Apa yang menarik ialah pelanggan boleh kustom kereta mini ini seperti model asal.

Setiap model dicipta mengikut spesifikasi pelanggan dan ada lebih 1,000 komponen ditawarkan untuk anda pilih. Satu proses pemilihan yang agak memenatkan bagi mereka yang sukar membuat keputusan.



Untuk warna, pelanggan boleh pilih warna kegemaran daripada 40,000 pilihan disediakan atau kemukakan warna bespoke yang diinginkan.

Ruang kabin kereta skala kecil ini cukup menakjubkan dengan sulaman pada perehat kepala dan kemasan kayu. Ini bukan binaan model biasa kerana hasil kerjanya amat eksklusif.

Malah pencahayaan kereta ini ada dan replika enjin 6.75 liter V12 kelihatan seakan asli. Semua pintu kereta mini ini boleh dibuka.

Setiap model mengambil masa sehingga 450 jam untuk disiapkan. Menurut Rolls-Royce, jumlah masa itu lebih separuh masa yang diperlukan syarikat untuk membina sebuah Cullinan sebenar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here