Nissan 370Z milik Paul Walker ini adalah 370Z paling mahal dilelong di dunia

962

Nissan 370Z yang pernah dimiliki mendiang Paul Walker ini digunakan dalam filem Fast & Furious dan kini diiktiraf sebagai 370Z paling mahal dijual menerusi acara lelongan.

Ia dijual pada harga bidaan tertinggi sebanyak AS$105,600 (RM427,910) menerusi acara lelongan Barrett-Jackson Scottsdale.

Nissan 370Z ini muncul dalam siri episod kelima filim Fast and Furious dan pada ketika itu, ia menggunakan kit badan berbeza, hud gentian karbon dan rim berwarna hitam. Model 370Z ini dipandu pelakon Gal Gadot dalam filem blokbuster itu.



Nissan 370Z dalam Fast Five nampak seperti ada kit turbo, intercooler di sebalik bampar dan tong NOS di belakang tempat duduk, realitinya ia cuma barangan hiasan. Ini cuma kereta wayang.

Aspek mekanikal kereta jenama Jepun ini sebenarnya standard dan ia menggunakan enjin aspirasi biasa 3.7 liter V6 yang boleh jana kuasa 332hp. Kuasa itu disalurkan kotak gear enam kelajuan manual.

Ruang kabin menyaksikan steren boleh tanggal dikekalkan pada 370Z ini, sama seperti digunakan dalam filem Fast Five.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here