Kenapa warna cecair radiator berbeza, ada merah, hijau, ungu…

1221

Ada kalangan kita masih tertanya-tanya sebab di sebalik mengapa cecair radiator ada perbezaan warna. Warna yang digunakan bukannya pilihan rambang dan ia ada tujuan sebenar.

Warna cecair radiator juga adalah identiti kepada syarikat pengeluar kenderaan itu selain memainkan peranan yang cukup penting membabitkan enjin kereta anda. Tahukah anda, setiap pengeluar menggunakan warna cecair radiator berbeza.

Ada cecair radiator berwarna kuning, hijau terang, biru, ungu atau merah jambu dan ia bertujuan membezakannya daripada cecair atau bendalir lain dalam kawasan enjin kenderaan.

Jom Baca:   #Tips: Perhatikan 5 tanda ini elak air radiator kering

Jadi, jika ada berlaku kebocoran hos atau sambungan, warna ini akan membantu juruteknik atau mekanik mengenal pasti daripada mana ia datang, dalam kes ini ialah radiator.

Jangan anggap perbezaan warna cecair radiator ada kelebihan tersendiri. Ia sekadar warna. Jika ada perbezaan, ia adalah jenis kandungan dalam cecair radiator sesuatu jenama produk itu.

Bagi mereka yang mana kereta masih tertakluk pada soal jaminan daripada pengilang, seelok-eloknya anda membawa kenderaan itu ke cawangan pengeluar atau pengedar rasmi untuk penukaran bendalir radiator.

Untuk pemilik kenderaan yang sudah tamat tempoh jaminan dan memilih untuk menjimatkan kos baik pulih, anda disarankan untuk mengingati serta mengekalkan penggunaan satu warna cecair radiator untuk memudahkan pengecaman kebocoran, jika berlaku.

Jom Baca:   Tips ‘Lifehack’ yang boleh dipraktik untuk penunggang motosikal

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here