#MAS2025: MINI Cooper Convertible tiba di Malaysia – RM318,888

68

Rangkaian MINI di Malaysia dikembangkan lagi dengan varian Cooper Convertible, iaitu hatchback ikonik yang boleh dibuka bumbungnya.

MINI Cooper Convertible hadir dengan lampu LED bulat yang menjadi identiti tetapi dengan high beam assistant, serta gril radiator oktagonal.

Bumbung Cooper Convertible ini adalah jenis soft top yang boleh dibuka atau ditutup dalam masa 18 saat. Ia mempunyai dua pilihan bukaan iaitu sebagai sunroof atau dibuka sepenuhnya.

MINI Convertible mendapat enjin 2.0-liter 4-silinder petrol dengan kuasa 204hp dan 300Nm tork, membolehkan jentera cilik ini memecut ke 100km/j dalam masa 6.9 saat. Kelajuan maksima pula ialah 237km/j.

Ciri lain pada kereta ini termasuklah rim Night Flash 18-inci, MINI Operating System 9, MINI Experience Modes, sistem audio Harman Kardon, MINI Digital Key Plus, MINI Connected Package, MINI Navigation Extended, dan Remote Engine Start.

MINI Cooper Convertible dijual pada harga RM318,888 dan didatangkan dengan tiga pilihan warna: Copper Grey, Sunny Side Yellow, dan Ocean Wave Green.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here