Mod Autopilot Tesla gagal berfungsi dalam kesesakan lalu lintas di Vietnam

2609

Sebut sahaja nama Tesla, secara automatik semua orang terbayang teknologi-teknologi canggih yang ada EV pengeluar tersebut. Salah satu teknologi canggih yang membuatkan orang ramai teruja ialah mod Autopilot.

mod autopilot Tesla
gambar hiasan

Teknologi tersebut dipasang pada EV Tesla bagi ‘mengambil alih’ tugas pemandu untuk mengawal kereta semasa pemanduan. Namun perkara sebaliknya berlaku di Vietnam semasa mod Autopilot diaktifkan.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi sebuah video menunjukkan mod Autopilot sebuah Tesla gagal berfungsi semasa berada dalam kesesakan lalu lintas di Vietnam. Lebih mencuit hati lagi, sistem tersebut seakan berputus asa dan meminta pemandu mengambil alih semula kawalan kereta.



Video tersebut telah mendapat ribuan reaksi daripada pelbagai pengguna Twitter di seluruh dunia. Rata-rata ramai geli hati dan mahu pihak Tesla membuat pandu uji di beberapa buah negara Asia yang lain seperti India, Indonesia dan Malaysia.

Untuk makluman, mod Autopilot yang ada pada EV Tesla bukanlah sistem pemanduan sendiri sepenuhnya. Sistem ini tidak direka untuk semua jenis keadaan pemanduan.

Terdapat sejumlah besar situasi yang tidak dirancang gagal diatasi oleh mod Autopilot. Jadi pemandu sentiasa perlu peka dalam apa jua situasi semasa mengaktifkan fungsi ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here