Selamba parkir depan pintu masuk ladang, BMW ini dipasang pagar di kelilingnya

1127

Seorang penternak yang berang dengan seorang pemandu BMW 1-Series hatchback yang menghalang pintu pagarnya bertindak memasang pagar besi di sekeliling kereta itu.

BMW 1-Series hatchback

Pemandu BMW itu membiarkan keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk ke ladangnya yang terletak di kawasan luar bandar.



Sehubungan itu, penternak tersebut menyampaikan mesej kepada para pengunjung bahawa kenderaan yang menghalang masuk akan dipagar.

Ahli majlis parti Hijau, Emily Durrant yang mewakili Llangors, Mid Wales berkata, pengunjung seharusnya menghormati ladang untuk kegiatan ekonomi.

โ€œAdalah dialu-alukan bagi sesiapa di Wales untuk datang ke kawasan ini tetapi jangan mencetuskan masalah dengan meletakkan kenderaan di hadapan pintu ladang.

โ€œIa merupakan tanah untuk bekerja, bukannya untuk seronok-seronok. Bila penternak tidak dapat menjaga ternakan mereka, ia akan membuatkan mereka kecewa,โ€ katanya.

Durrant dari Majlis Powys County berkata, pagar itu kemudian dialihkan selepas gambar kereta tersebut dirakamkan.

โ€œIa merupakan gambar yang menghiburkan, tetapi mesej di sebaliknya adalah serius.

โ€œApa yang kita minta adalah supaya semua pihak bertimbang rasa apabila berkunjung ke kawasan luar bandar dan peka terhadap persekitarannya,โ€ katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here