Malaysia baru jual semalam, mat salleh ini dah ada Hot Wheels Proton Saga..

521

Hot Wheels mengumumkan jualan model Proton Saga dengan skala 1:64 di pusat membeli belah, kedai mainan dan kedai serbaneka seluruh negara bermula semalam. 

Pengeluaran Hot Wheels Basic Car Dash B itu bagi memperingati ulang tahun ke-40 syarikat tersebut di Malaysia.



Bagaimanapun, kereta mainan (diecast) tersebut tidak didatangkan dengan pek bungkusan hasil rekaan Saw Jane Harn.

Ini kerana rekaan kanak-kanak tersebut akan dicetak pada pek bungkusan Hot Wheels Proton Saga edisi istimewa yang bakal berada di pasaran seluruh negara tahun depan.

Walaupun, pasaran Malaysia baru menerima diecast Proton Saga tersebut, seorang mat salleh sudahpun memiliki model tersebut.

@cayce79cayce79

Replying to @lam9661 #cayce79cayce79 #hotwheels #hotwheelscollections #diecast #toy #toys #car #truck #protonsaga #malaysia #malaysiatiktok #malaysian #kualalumpur

♬ original sound – Cayce79cayce79

Pengumpul Hot Wheels yang menggunakan akaun TikTok cayce79cayce79 itu berkongsi koleksi diecast Proton Saga yang dimilikinya, bulan lalu bagi menjawab soalan salah seorang netizen Malaysia.

Bagaimanapun, lelaki tersebut tidak berkongsi bagaimana dia boleh mendapat diecast tersebut lebih awal walaupun belum dijual di pasaran.  

Hot Wheels Basic Car, Proton Saga akan dijual pada harga RM9.90. Namun, selepas berada di tangan scalper tentunya harga model itu akan meningkat. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here