Purem Aapico buka kilang ekzos baharu di Malaysia, Proton pelanggan pertama

788

Purem by Eberspaecher dan AAPICO Hitch Public Company Limited (AAPICO) secara rasminya membuka kilang ekzos pertamanya di Malaysia.

Kilang baharu di Rawang, Selangor meliputi kawasan seluas 4,000 meter persegi bagi pengeluaran komponen ekzos. Ini termasuk apa yang dikenali sebagai peralatan hot ends iaitu penukar pemangkin (catalytic converter) dan perongga (manifold) serta peralatan cold ends membabitkan peredam bunyi dan paip.



Menampilkan teknologi terkini yang sangat automatik, kira-kira 100 pekeria akan mengeluarkan dan menyediakan lebih kurang 400,000 komponen setiap tahun untuk empat model kereta berbeza bagi sebuah syarikat pengeluar automotif terkemuka di Malaysia.

Proton menjadi pelanggan pertama syarikat itu, ia dikatakan menghasilkan komponen ekzos untuk model Proton seperti X50, X70, X90 dan model sedan baharu yang akan dilancarkan oleh pengeluar automotif nasional itu.

Purem by Eberspaecher merupakan peneraju global dalam teknologi ekzos. Penyelesaian mampan dimilikinya memenuhi piawaian emisi global untuk mobiliti yang bersih dan senyap.

Usaha sama Purem Aapico Co Ltd ditubuhkan pada Ogos 2022. Purem by Eberspaecher mempunyai 51 peratus pegangan, manakala AAPICO sebanyak 49 peratus. 

Matlamat perkongsian itu adalah untuk membangunkan pasaran tempatan dan menjadi pembekal sistem teknologi ekzos utama bagi rantau ini.

Rakan Kongsi Pengurusan Eberspaecher Group, Martin Peters berkata, ini adalah pencapaian penting untuk aktiviti perniagaan kami di pasaran ASEAN.

“la menunjukkan bahawa produk dan teknologi kami untuk mobiliti bersih amat dinantikan dan kami berbesar hati bakal menyediakannya bersama rakan kongsi kami, AAPICO,” katanya.

Sementara itu, Presiden & CEO AAPICO Hitech PLC, Yeap Swee Chuan berkata, ini adalah pelaburan alat ganti keduanya di Malaysia pada tahun ini. 

“AAPICO mempunyai keyakinan terhadap masa hadapan industri kenderaan di Malaysia. Saya berbangga untuk membawakan Pure by Eberspaecher, antara pengeluar ekzos terbesar dan utama di dunia ke Malaysia,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here