Gara-gara pertunjukkan ekzos berapi sebuah kereta hangus terbakar

138
Sebuah kereta hangus terbakar selepas insiden ekzos berapi di sebuah pusat membeli belah, Klang pada malam Ahad.
 
Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan kebakaran berlaku beberapa minit selepas pertunjukan ekzos berapi daripada sebuah kereta yang telah dimodifikasi.
 
Percikan api daripada komponen tersebut dipercayai mencetuskan kebakaran sehingga menyebabkan sebuah lagi kenderaan yang di parkir berhampiran terbakar.
 
Sebuah lagi kereta milik pengunjung berhampiran turut mengalami kerosakan akibat bahang api berkenaan.
 
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, punca kebakaran masih dalam siasatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here