Utama Berita Automotif Masalah bunyi enjin : Modenas panggil balik Z15GT

Masalah bunyi enjin : Modenas panggil balik Z15GT

1021

Modenas memanggil balik model Z15GT susulan isu bunyi abnormal pada bahagian enjin.

Pemeriksaan susulan itu dijalankan selepas menerima maklum balas daripada pelanggan dan unit enjin yang terlibat adalah MA150HEL00101 sehingga MA150HEL01100.

Pihak pelanggan diminta melakukan pemeriksaan dengan semakan nombor enjin di bahagian kiri, kad pendaftaran kenderaan (geran) dan buku servis.

Pemeriksaan akan dijalan secara percuma dan pemilik yang terkesan disarankan menghubungi pusat servis atau wakil pusat servis sah Modenas bagi temujanji.

Menurut surat yang dikeluarkan, Modenas meminta pelanggan segera melakukan pemeriksaan bagi memastikan motosikal terus berada dalam keadaan selamat, lancar dan mematuhi keperluan pengeluar. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here