Sempena ulang tahun Mattel ke-40, Proton Saga Hot Wheels akan dijual tahun depan

819

Pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc mengumumkan kerjasama dengan Proton bagi mengeluarkan model Proton Saga skala 1:64.

Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc, Steve Totzke berkata kerjasama itu sempena memperingati ulang tahun ke-40 syarikat itu di Malaysia.



“Ini perkongsian pelesenan yang menarik kerana kami bergabung membangunkan kereta Hot Wheels mengikut model Proton Saga asal, iaitu model pertama keluaran Proton yang kini akan menjadi sebahagian koleksi peribadi Hot Wheels.

“Perkongsian ini bertujuan mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur seluruh dunia,” katanya.

Proton Saga merupakan kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan sehubungan itu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki kereta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here