Kanak-kanak pertama cipta karya rekaan tangan pek bungkusan Hot Wheels

371

Kanak-kanak berumur sembilan tahun diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Rekaan Hot Wheels X PROTON Kanak-Kanak 2023 di Acara Art Of Speed 2023 pada hujung minggu lalu.

Saw Jane Harn dari Pulau Pinang itu sekali gus menjadikannya sebagai kanak-kanak pertama yang mencipta sejarah apabila karya rekaan tangannya digunakan sebagai pek bungkusan model kereta permainan (diecast) Hot Wheels.



Rekaannya akan dicetak pada pek bungkusan Hot Wheels Proton Saga edisi istimewa yang bakal berada di pasaran di seluruh negara pada tahun 2024.

Ilham rekaan Saw meraikan kepelbagaian nilai alam dan kegemilangan Malaysia, daripada enggang badak dan bunga raya, burung dan bunga kebangsaan, kepada Tugu Negara.

Rekaan baru itu akan dipasarkan ke seluruh dunia dan sekaligus membawa nama Malaysia ke mata dunia serta manampilkan keunikan kerana ianya telah diilhamkan oleh seorang kanak-kanak. Rekaan baru ini juga dikeluarkan terhad hanya 1juta unit sahaja.

Pada ulang Tahun Ke-40 Mattel Malaysia, kilang pembuatan Hot Wheels terbesar di dunia, menandakan pelbagai permulaan: kolaborasi pertama jenama itu bersama PROTON, peluang sulung membawa kereta nasional Malaysia kepada masyarakat di seluruh dunia, dan model kereta permainan Hot Wheels pertama memaparkan pek bungkusan karya rekaan kanak-kanak.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah berkata, seperti Mattel Malaysia yang menyambut ulang tahunnya ke-40 pada tahun 2022, PROTON juga meraikan ulang tahun ke-40 pada 7 Mei lalu. 

“Saga pula berusia 38 tahun pada 9 Julai 2023, sekali gus menjadikan Hot Wheels Proton Saga sebuah manifestasi tepat meraikan pencapaian dalam sejarah syarikat ini. 

“Kami menantikan lebih banyak kolaborasi dengan rakan kerjasama seperti Mattel Malaysia yang juga seperti PROTON, Sudah memainkan peranan penting terhadap menginspirasi budaya kereta Malaysia serta memupuk rasa cinta terhadap kereta nasional,” katanya.

Keluaran Hot Wheels Proton Saga yang dijadualkan memasuki pasaran di lebih 150 negara bermula Disember 2023. Hot Wheels Proton Saga Edisi Terhad dengan pek bungkusan rekaan pemenang Pertandingan Rekaan Hot Wheels X PROTON Kanak-Kanak pula akan mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2024 di kedai-kedai permainan utama, gedung beli-belah, pasar raya besar, kiosk stesen minyak, pembelian talian, dan kedai-kedai serbaneka di seluruh negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here