“Dua kali enjin mati lepas terima Proton Saga dari pusat jualan,” wanita buat laporan polis

956
Seorang wanita berkongsi pengalaman pahit selepas menerima Proton Saga di salah sebuah pusat jualan jenama automotif tempatan berkenaan.
 
Menggunakan akaun @panggiladjela di aplikasi X, dia berkongsi Proton Saga itu merupakan kereta pertamanya dan menerima penghantaran sedan segmen B berkenaan pada 29 Julai lalu. 
 
 
Bagaimanapun, pengalaman pertamanya itu disusuli dengan pelbagai masalah apabila difahamkan pengurus pusat jualan tidak memberikan kerjasama dengan baik. 
 
Masalah bermula apabila enjin Saga tersebut mati sebanyak dua kali, pertama berlaku dalam kawasan pusat jualan dan keduanya setelah dipandu keluar.
 
“Kita check PDI kereta signal semuanya dan saya buat pandu uji pusing sekali dekat kawasan TTDI. Alhamdulillah semua okay. Saya pun keluar untuk sign semua agreement.
 
“Memang saya tak tutup enjin sebab sekejapje, lepas setel abang saya ajak buat tinted di kedai kawan dia di Bandar Mahkota dan dia gerak dulu. Belum sempat keluar dari parking lagi, enjin tiba-tiba mati,” jelasnya.
 

Setelah mekanik melakukan pemeriksaan hampir 30 minit, enjin sedan itu boleh dihidupkan kembali yang mana mekanik memaklumkan isu kecil tanpa memberitahu punca masalah tersebut.  

Namun, selepas 15 minit memandu, enjin Saga itu mati sekali lagi di tengah jalan ketika wanita tersebut dalam perjalanan menuju ke kedai filem penapis haba. 
 
“Dalam 15 minit kereta mati enjin lagi dekat tengah jalan dan tidak boleh hidup. Saya hon abang saya minta dia stop and dia tengokkan kereta. Dia try pun masih tak boleh. Abang kata ni sebab fuel pump,” kongsinya.
 
Ketika cuba menyelesaikan masalah keretanya yang tersadai di tengah jalan itu, isu lain pula timbul. Wanita berkenaan mendapati pendaftaran Saga miliknya tiada dalam sistem Proton mahupun insurans untuk mendapatkan bantuan trak tunda.
 
Proton call balik saya, dia kata boleh hantar tow tapi saya kena tanggung kos sendiri, kenapa pula?. Ni bukan salah saya. Of coursela saya refused and demanded pihak Proton untuk bantu saya.
 
“Dah dekat 2-jam lepak dekat mamak area situ, kitaorang rasa Proton memang takkan tolong jadi abang saya try start kereta dah boleh sebab kereta dah sejuk.
 
“Kitaorang swap kereta, abang saya bawa Saga tu dan saya bawa kereta abang bersama kakak dan anak buah. Dia bawa kereta Saga tu dalam keadaan lampu enjin menyala. Bila sampaije abang saya etrus bawa kete ke dalam service centre jumpa manager.
 
“Masa tu memang berlaku komunikasi yang kurang baik antara abang and service manager. Of coursela kereta baru breakdown dua kali kot, minta tolong tow pun susah sangat nak tolong sampai suruh kami tanggung kos. Service manager tu pun satu hal. Dia memang lepas tangan and kata system Proton memang macam tu,” tulisnya.
 
Menerusi kronologi kisah berkenaan, wanita itu berkongsi pihak wakil jualan menyatakan punca kejadian disebabkan skru longgar. 
 
Susulan kejadian itu, pemilik Saga berkenaan membuat laporan polis untuk melanjutkan kes ke tribunal pengguna.
 
Selain menghubungi talian hotline, wanita itu juga mengunjungi ibu pejabat Proton untuk membuat aduan berkaitan perkhidmatan pusat jualan tersebut.
 
Berikut kronologi terperinci yang dikongsi wanita berkenaan:



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here