Gara-gara skru longgar, Buggati panggil balik sebuah Chiron di AS

1647

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) memanggil beberapa buah kenderaan termasuk sebuah Buggati Chiron dari Amerika Syarikat (AS) bagi memperbaiki defek yang boleh menyebabkan kecederaan. 

Menurut laporan, NHTSA mengeluarkan notis panggil balik Bugatti Chiron berkenaan bagi mengetatkan skru yang longgar.



Buggati Chiron berkenaan dikeluarkan pada 16 November 2017 dan pemilik diminta bersedia untuk membawa hypercar berkenaan ke pusat jualan. 

Berdasarkan laporan, satu daripada dua skru yang memegang frem sokongan depan cuma diketatkan dengan  tork 9Nm dan bukannya tork 19Nm minimum yang dicadangkan. 

Masalah tersebut disedari pada 3 Mac lalu apabila spanar tork tidak memberi petunjuk mengenai masalah skru terjejas yang tidak mencapai jumlah tork minimum yang diperlukan.

Bugatti memulakan siasatan dalaman dengan menganalisis pangkalan data pada sambungan skru untuk keseluruhan model Chiron dan pada 21 Mac syarikat tersebut memutuskan untuk memanggil balik model yang terjejas. 

Bugatti akan menyediakan pengangkutan ke bengkel sah terdekat untuk pemeriksaan skru dan akan mengetat komponen itu mengikut spesifikasi yang betul. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here