[Video] Buat reviu Bugatti Chiron Super Sport, sekali kena saman dengan polis

1257

Sebuah rakaman video yang dimuat naik di saluran Youtube, TheTFJJ memamparkan sebuah Bugatti Chiron Super Sport 300+ ditahan dan disaman oleh pihak berkuasa di London.

Saluran Youtube itu yang sering melakukan pandu-uji mengenai pelbagai jenis kereta mewah khususnya supercar dan hypercar, namun kenderaan tersebut disaman atas kesalahan tidak mempamerkan nombor plat pendaftaran di bahagian hadapan.



Berdasarkan dalam video, dia yang sedang menuju ke satu tempat ditahan sebelum dikenakan saman sebanyak 100 pound (RM567).  Namun nilai saman tersebut sudah semestinya tidak menjadi masalah kerana pemiliknya mampu membeli kereta dengan harga lebih  4 juta pound (RM22 juta).

Nama diambil sempena bekas pelumba, Louis Chiron

Untuk makluman, nama Chiron itu diambil sempena bekas pelumba, Louis Chiron yang pernah memandu Bugatti Type 50S dan Type 55 di LeMans pada 1931 dan 1932.

Chiron Super Sport 300+ yang menggunakan enjin 8.0 liter W16 mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,600hp dan mampu memecut dengan kelajuan tertinggi sehingga 482.8 km/j.

Rekod itu menjadikan Bugatti sebagai pengeluar automotif pertama dunia memecahkan tembok kelajuan 482km/j dan paling berkuasa pernah Bugatti hasilkan dengan 30 unit sahaja dihasilkan diseluruh dunia. 

Bagaimanapun bagi tujuan keselamatan, had laju hypercar itu dihadkan kepada 440 km/j secara elektronik. 

Kenderaan yang paling laju dibina di kilang Molsheim

Kenderaan yang paling laju dibina di kilang Molsheim, Perancis itu sebenarnya sudah habis dijual dan buat masa ini Bugatti hanya menyiapkan tempahan sebelum dihantar kepada pelanggan. 

Jadi dalam masa beberapa tahun akan datang, sudah pasti harga jentera ini lebih mahal kerana permintaan yang tinggi terhadap golongan ‘pemburu’ koleksi kereta. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here