Top 5 koleksi kereta paling mahal Arnold Schwarzenegger

1177

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon lagenda yang membintangi watak utama filem fiksyen The Terminator, Arnold Schwarzenegger. 

Nilai pendapatan bersih Arnold selama 50 tahun muncul di layar perak dikatakan melebihi AS400 juta (RM1.7 billion).

Pelakon berusia 74 tahun itu juga tidak terlepas mengumpul kenderaan mewah bahkan eksotik di garaj kediamannya.  Berikut  lima kereta super mewah yang dimiliki Arnold Schwarzenegger.



5. Mercedes-Benz SLS AMG Roadster (2012)

Arnold Schwarzenegger mempunyai beberapa jenis model Mercedes-Benz antaranya SLS AMG Roadster, Unimog truck dan sebuah kereta mewah klasik iaitu Excalibur.

Antara semua kenderaan Mercedes yang dimilikinya, model SLS AMG Roadster antara kenderaan paling mahal dimiliki oleh pelakon tersebut yang bernilai sekitar AS540,000 (RM2.2 juta).

4. Bentley Continental GT SuperSports Convertible

Bentley Continental GT SuperSports antara kereta yang paling banyak dicari kerana penampilannya yang menarik dan mempunyai janaan kuasa enjin yang tinggi. Kereta tersebut bernilai sekitar AS320,000 (RM1.3 juta).

3. Porsche 911 Turbo Cabriolet (2010)

Arnold Schwarzenegger juga mempunyai Porsche 911 Turbo Cabriolet keluaran 2010. Kereta sport itu menggunakan enjin 3.8 liter enam silinder yang menghasilkan kuasa sehingga 500hp dan mampu memecut dari 0-100kmj dalam masa 3.8 saat.

2. Bugatti Veyron Vitesse

Arnold yang dikenali sebagai ‘orang besi’ juga mempunyai sebuah hypercar Bugatti Veyron Vitesse yang dikeluarkan sekitar 2015. Hypercar tersebut menggunakan enjin 8.0 liter 16 silinder yang menghasilkan kuasa sehingga 1,200hp dan tork 1,106 Nm.

Hypercar yang bewarna perak tersebut dianggarkan berharga sekitar AS1.7 juta ( RM7.1 juta) menjadikan antara koleksi kereta paling mahal dalam garaj Arnold.

1. Mercedes-Benz Unimog U1300

Selain memiliki Hummer H1, dia juga mempunyai salah satu model Mercedes-Benz iaitu Unimog U1300 yang mempunyai enjin diesel turbo I6 6.4 liter. Arnold dikatakan membelanjakan sekitar AS369,000 (RM1.5 juta) untuk kereta tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here