
Lima kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah musnah dalam kebakaran di Taman Tropicana Aman, Telok Panglima Garang, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian pada jam 6.44 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi.
“Sejurus tiba, kita dapati berlaku kebakaran melibatkan lima kereta pelbagai jenis di hadapan rumah teres dua tingkat Kelas A berkeluasan 2,400 kaki persegi.
“Semua kenderaan tersebutterbakar 90 peratus. Kebakaran turut melibatkan bahagian hadapan dua rumah teres anggaran lima hingga 10 peratus,” katanya.
Ahmad Mukhlis berkata proses memadam kebakaran melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera
Light Fire Rescue Tender (LFRT) manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.
ARTIKEL LAIN