‘Menggeletar badan lihat 10 kereta pelanggan musnah terbakar,” pemilik bengkel

1001

“Tak sampai 10 minit saya keluar dari bengkel kereta ke syarikat penghantaran barang, tiba-tiba saya terima panggilan daripada jiran memaklumkan bengkel terbakar,” kata pemilik bengkel di Jalan Batu 3, Tandop, Azmeer Syaufy Ruslan, 34. 

Dalam kejadian jam 3 petang, semalam itu sebanyak 10 kereta termasuk model Mercedes dan BMW yang sedang dibaiki musnah dalam kebakaran.



Menurutnya, bengkel itu beroperasi lebih setahun lalu dan kebanyakan kenderaan yang dihantar pelanggan untuk kegunaan Aidilfitri nanti.

“Saya tak tahu nak cakap apa lagi kerana 10 kereta musnah yang mana enam musnah sepenuhnya, sebuah musnah 50 peratus dan tiga lagi musnah 10 peratus.

“Saya anggaran kerugian awal mencecah RM200,000 kerana banyak yang musnah terbakar.

“Namun saya reda dengan apa yang berlaku kerana ini ujian buat saya walaupun menggeletar seluruh badan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu jam 3.11 petang.

“Seramai 24 anggota dikejarkan ke lokasi bersama empat buah jentera dan kerja-kerja pemadaman telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai. Operasi terkawal pada jam 3:31 petang,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here