Cermin tren KTM selalu pecah atau retak…ini sebabnya

2251

Pernahkah anda menggunakan perkhidmatan awam KTM atau ETS dan mendapati ada beberapa bahagian cermin kereta api tersebut retak atau pecah.

Sebelum ini, kami juga tertanya mengapa terjadi sedemikian sehinggakan ada yang menganggap pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sengaja mereka bentuk cermin tersebut atau untuk memudahkan pengguna keluar sekiranya berlaku kecemasan.

@redzuanmanaf87

Reply to @maggiayam8 paksu rasa nak marah tapi kena sabar hampa. Sebab banyak sangat orang yang gatal tangan duk maii baling batu kat tren paksu ni haa. Tak puas hati dengan paksu kita semuka. Jangan sakitkan tren paksu ni ya. Dia sakit paksu pun terluka. Paksu merayu hampa na. Ini harta kita. Kita jagalah sama-sama. 👮🏻‍♂️👍❤️ #fypシ #fypage #foryou #foryourpage #fypシ゚viral

♬ original sound – RedzuanManaf87 – RedzuanManaf87



Rupanya segala andaian tersebut hanyalah mitos. Seorang pekerja KTMB yang menggunakan akaun TikTok @redzuanmanaf87 berkongsi cermin retak mahupun pecah disebabkan tangan nakal yang membaling batu ke arah kereta api berkenaan.

“Ini setiap hari ada ja orang baling batu, kalau rasa takda keja hang pi cari keja, jangan dok baling lagu ni.

“Kesian kat orang dalam ni (kereta api), bagi tahu anak tu jangan gatal tangan, sayanglah harta kita ni, ini semua harta kita, tengok tu kesian cermin tu hari-hari kena tukaq,” katanya.

Jelasnya, kakitangan juga tidak mengetahui lokasi panas yang sering menjadi sasaran ‘tangan nakal’ berkenaan.

“Kadang-kadang kami tak tahu kat mana bukan semua koc kami duduk masa kejadian berlaku,” ujarnya.

Dia yang membahasakan diri sebagai Pak Su meminta ibu bapa memantau anak-anak mereka agar tidak melakukan vandalisma.

“Buatan orang je kalau batu balas kat trek tu dia takkan melantun ke cermin,” jelasnya.

Bagaimanapun dia menjelaskan penumpang tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka kerana cermin kereta api KTM mahupun ETS didatangkan dengan dua lapisan.

Selain itu, sekiranya ada penumpang yang mendapat tempat duduk bersebelahan cermin retak kakitangan akan membantu mendapatkan tempat duduk baharu jika ada kekosongan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here