Nombor plat lagi mahal dari harga Perodua Myvi…

19866

Seorang jurujual Perodua berkongsi menerima tempahan kenderaan daripada seorang kerabat raja yang membeli sebuah Perodua Myvi.

Menerusi video di akaun TikTok @abgnazrii itu dia menjelaskan selama tujuh tahun dalam bidang jualan kereta, kali pertama dia menerima tempahan daripada golongan VVIP.



Bagaimanapun video 22 saat itu mencuri perhatian netizen bukan kerana pemiliknya ialah puteri sulung Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Tetapi nombor pendaftaran hatchbach tersebut yang nilainya lebih mahal berbanding harga Perodua Myvi berwarna glittering silver tersebut. Difahamkan nilai nombor pendaftaran satu digit  melebihi RM100,000.

@abgnazrii

Penghantaran kereta YAM Tengku Abu Bakar dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan. #sweetmoment #pahangroyalfamily #nazriperoduaonlinesales

♬ The Final Countdown – Europe

Dengan nilai tersebut pemilik boleh membeli lebih daripada dua buah Myvi. Video yang mendapat tontonan lebih daripada 40,000 itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna TikTok.

Ada antaranya yang kagum dengan pilihan Tengku Puteri Iman Afzan yang memilih kereta marhaen selain beranggapan sebagai ‘pertukaran’ sebelum meletakkan nombor plat tersebut pada kereta yang sebenar.

Untuk makluman, sekiranya anda berjaya membida nombor plat yang diinginkan pemilik perlu mendaftarkan kepada kenderaan dalam tempoh 12 bulan daripada surat  dikeluarkan.

Sekiranya gagal, nombor tersebut akan ditarik balik dan bayaran yang dibuat akan menjadi hasil kerajaan. 

Berikut antara respons netizen:

“Dia nak no plat je tu, kete sebenar tak sampai lagi, nanti diaorang interchange je.”

“Dulu adaje myvi pakai play A2 tu yg viral dah masuk kt Merc.”

“Kita kene ingat, anak raja beli Myvi sebab dia nak beli Myvi, kita beli Myvi sebab mampu beli Myvi. Kena fahamkan statement ni.”

“Kereta king yang akan dipandu oleh anak king.”

“Biasa ada kereta murah sebab nak park no plate. Kebanyakkan letak di moto.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here