Utama Berita Automotif Pilot darat jadikan lori ‘benteng’ hentikan bas hilang kawalan

Pilot darat jadikan lori ‘benteng’ hentikan bas hilang kawalan

215

Sebuah video tular yang dikongsi ulang beberapa akaun Facebook mendapat perhatian dan pujian daripada pengguna media sosial apabila seorang pemandu lori bertindak pantas menjadi penyelamat dalam satu situasi cemas di lebuh raya.

Pemandu lori berkenaan menjadikan kenderaan beratnya sebagai penghadang fizikal untuk menyekat dan memperlahankan sebuah bas ekspres yang dipercayai mengalami masalah kegagalan brek. 

Menerusi rakaman video tersebut, bas berkenaan dilihat hilang kawalan dan meluncur laju di lorong kanan. Menyedari ancaman bahaya yang mampu meragut nyawa, pemandu lori terbabit bertindak berani dengan memintas dan memposisikan lorinya tepat di hadapan bas tersebut.

Pilot darat itu membiarkan bahagian belakang lorinya bergesel dan ditolak oleh bas berkenaan secara terkawal. Tindakan taktikal yang berisiko itu akhirnya berjaya mengurangkan momentum kelajuan bas secara berperingkat, sekali gus menghentikannya daripada merempuh kenderaan lain di hadapan.

Tindakan pantas dan luar biasa itu bukan sahaja berjaya menghindari berlakunya nahas ngeri yang lebih besar, malah telah menyelamatkan nyawa penumpang di dalam bas serta pengguna jalan raya yang lain.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dan memberikan penghormatan tertinggi atas keberanian pemandu lori tersebut yang kekal tenang dan mampu berfikir dengan tepat dalam situasi kritikal yang boleh mengancam nyawanya sendiri.

Antara komen-komen penghargaan yang ditinggalkan oleh netizen:

“Terima kasih abam lori bantu perlahankan & permudah cara! semoga jasa baik & asbab abam menjadi satu kabajikan nanti!.”

“Terbaik abg Lori byk nyawa selamat tu. Moga dipermudaahkan urusan setiap naaa.”

“Menyelamatkan nyawa semua di dalam bas,”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here