EMOS perkenal warna baharu Modenas Ninja ZX-25R SE (2024), harga RM33,900

325

EMOS memperkenalkan warna baharu Metallic Phantom Silver X Ebony (Stormcloud Blue) pada Modenas Ninja ZX-25R SE (2024) menggantikan Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony.

Pengenalan warna tersebut menawarkan pilihan tambahan selain seragam Lime Green/Ebony sedia ada.  



Skrim warna hitam disematkan pada frem trellis, cermin, rim aloi, pelana, bar hendal, dan penutup ekzos di samping kemasan biru pada bahagian fairing.

Bakal berada di pusat jualan bermula hujung Februari depan, Modenas Ninja ZX-25R SE tersebut dijual pada harga cadangan RM33,900 seunit. 

ZX-25R dijana oleh enjin 250cc yang menghasilkan kuasa 46hp @ 15,500rpm dan 22Nm @ 12,500rpm bersama transmisi 6-kelajuan automatik dengan bantuan klac dan slipper.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here