EMOS perkenal warna baharu Kawasaki Z900 SE dan ABS, harga mula RM44,900

195

EMOS, memperkenalkan grafik dan warna baru pada model Kawasaki Z900 (2024) sekaligus menawarkan pilihan tambahan buat pengguna di Malaysia.

Warna baharu yang ditawarkan :

  • Kawasaki Z900 SE (RM55,900) : Metallic Spark Black/Metallic Matte Graphenesteel Gray
  • Kawasaki Z900 ABS (RM44,900) : Candy Persimmon Red/Ebony

Model Z900 dan Z900 SE menawarkan seleksi mod power, tiga pelarasan kawalan cengkaman (KTRC) dan Klac Assist dan Slipper.



Ia dijana oleh enjin 948cc yang menghasilkan kuasa 125PS @ 9,500rpm dan tork 98.6Nm @ 7,700rpm dengan transmisi 6-kelajuan.

Kawasaki Z900 SE menampilkan suspensi USD berwarna emas dan penyerap hentak Öhlins S46 yang dilengkapi dengan pra-beban di belakang.

Dikuasai oleh enjin 948 cc

Pada Jun 2023, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) secara rasminya melancarkan model dan Z900 SE ke pasaran Malaysia.

Model Z900 ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu serta harga yang berlainan:

  • “Metallic Matte Graphenesteel Grey” – RM44,900
  • “Metallic Spark Black” – RM43,900.
  • “Candy Lime Green” – RM55,900 

Walaupun dikuasai oleh enjin 948 cc yang sama dengan Z900, model edisi khas ini didatangkan dengan beberapa ciri tambahan lain seperti sistem suspensi hadapan Showa 41 mm boleh laras sepenuhnya, suspensi belakang jenis absorber tunggal dinaiktarafkan dengan penggunaan unit S46 Öhlins.

Dengan sistem suspensi berspesifikasi tinggi, Kawasaki Z900 SE bakal memberikan rasa cengkaman, pengendalian serta keselesaan yang lebih berbanding model asas. Brek pada SE kini menampilkan angkup Brembo M4.32 empat omboh dan silinder induk Nissin baharu.

Kedua-dua Kawasaki Z900 dan Z900 SE menerima pelbagai peningkatan seperti ciri elektronik moden, termasuk kawalan cengkaman, mod kuasa tunggangan dan panel meter TFT dengan konektiviti Bluetooth baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, ia adalah model Kawasaki berkapasiti tinggi yang pertama dipasang siap di kilang MODENAS, Gurun, Kedah.

“Syarikat amat berbangga diatas keboleh upayaan para pekerja kami dalam memasang serta menguji motosikal Kawasaki ini dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Bukan itu sahaja, malah ujian akhir prestasi enjin turut disempurnakan di mesin “test bench” Kawasaki yang pertama di Asia Tenggara yang kini berada di kilang kami,” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here