Kawasaki Z900 dan Z900 SE CKD, harga bermula RM43,900!

492

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) secara rasminya melancarkan model Kawasaki Z900 dan Z900 SE ke pasaran Malaysia.

Model Z900 ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu serta harga yang berlainan:

  • “Metallic Matte Graphenesteel Grey” – RM44,900
  • “Metallic Spark Black” – RM43,900.

Kawassaki Z900 SE pula ditawarkan satu pilihan warna iaitu



  • “Candy Lime Green” – RM55,900 

Walaupun dikuasai oleh enjin 948 cc yang sama dengan Z900, model edisi khas ini didatangkan dengan beberapa ciri tambahan lain seperti sistem suspensi hadapan Showa 41 mm boleh laras sepenuhnya, suspensi belakang jenis absorber tunggal dinaiktarafkan dengan penggunaan unit S46 Öhlins.

Dengan sistem suspensi berspesifikasi tinggi, Kawasaki Z900 SE bakal memberikan rasa cengkaman, pengendalian serta keselesaan yang lebih berbanding model asas.. Brek pada SE kini menampilkan angkup Brembo M4.32 empat omboh dan silinder induk Nissin baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, ia adalah model Kawasaki berkapasiti tinggi yang pertama dipasang siap di kilang MODENAS, Gurun, Kedah.

“Syarikat amat berbangga diatas keboleh upayaan para pekerja kami dalam memasang serta menguji motosikal Kawasaki ini dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Bukan itu sahaja, malah ujian akhir prestasi enjin turut disempurnakan di mesin “test bench” Kawasaki yang pertama di Asia Tenggara yang kini berada di kilang kami,” katanya. 

Kedua-dua Kawasaki Z900 dan Z900 SE menerima pelbagai peningkatan seperti ciri elektronik moden, termasuk kawalan cengkaman, mod kuasa tunggangan dan panel meter TFT dengan konektiviti Bluetooth baharu.

Kedua-dua model boleh didapati di semua bilik pameran pengedar sah KAWASAKI bermula minggu kedua bulan Jun 2023. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi KAWASAKI Malaysia di: http://www.kawasaki.com.my /home

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here