Tempahan VW Golf R 333 Edisi Terhad dibuka, 333hp!

457

Volkswagen memperkenalkan Golf R 333 yang menjadi hot hatch idaman belia menerusi pacuan semua roda dan enjin 2.0 TSI.

Secara teknikal jentera ini menghasilkan kuasa 333PS manakala tork kekal tidak berubah iaitu 420Nm.

Apakah perbezaan edisi terhad ini dengan Golf yang lain?.



  • Kemasan badan luar menerusi warna Lime Yellow Metallic lalu dibezakan dengan pelekat hitam misalnya di bahagian tepi dan spoiler.
  • Untuk lebih ekslusif, Golf R itu didatangkan dengan nombor siri pada papan pemuka bahagian penumpang.
  • Diposisikan di bahagian paling atas hierarki Golf, tidak mengejutkan bakal pemilik akan mendapatkan ciri peralatan standard termasuk lampu depan LED matrik, kawalan pelayaran adaptif (dengan stop & go), dan sistem bunyi Harman Kardon 480 watt.
  • Rim Estoril hitam bersaiz 19-inci
  • Ekzos R Performance Akrapovic bersama silencer titanium
 

Jenama Jerman itu juga ‘melonggarkan’ pengehad kelajuan tertinggi elektronik, sekaligus membolehkan Golf R 333 memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 4.6 saat dengan kelajuan maksimum 270kmj.

Pengeluaran hot hatch itu dijadualkan bermula September depan dan penghantaran pertama kepada pelanggan pula pada Oktober di acara pelanggan kompleks Autostadt.

Sayangnya Golf R 333 hanya untuk pasaran Jerman yang dijual pada harga EUR 76,410 (RM376,423). 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here