Golf R ditahan pandu 280kmj, lesen memandu pemilik ditarik

807

Pemandu Volkswagen Golf R ditahan oleh anggota polis New South, Australia selepas didapati memandu melebihi 280kmj di kawasan had laju 110kmj di Lebuhraya Hume, Mittagong.

Dia yang berusia 22 tahun melakukan kesalahan pada 7 November lalu jam 9.20 pagi itu diarahkan berhenti lalu menerima notis kehadiran mahkamah kerana memandu laju/cara berbahaya dan akan hadir di Mahkamah Tempatan Moss Vale pada 20 Disember depan.

Selain itu, lesen memandunya juga akan ditarik balik. Bagaimanapun, perkongsian di akaun Facebook NSW Police Force itu menimbulkan pertikaian dalam kalangan pengguna media sosial.



Mereka mempersoalkan kelajuan Golf berwarna biru itu yang mampu mencapai kelajuan 280kmj.

“Ini mesti VW Golf yang sudah diubahsuai dengan serius adakah speedo boleh mencapai 280kmj, kalau kereta saya akan tercabut kalau capai 150kmj,” kata Anthony Ching.

“Kelajuan itu kedengaran agak “over the top”. Angka kelajuan kamera mungkin boleh dipersoalkan di mahkamah,” tulis Frances Mason.

Sebuah Golf R standard kilang dihadkan kelajuan maksimum sehingga 250kmj namun dengan modifikasi tambahan tidak mustahil hot hatch itu mampu melebihi had laju berkenaan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here