Buruh maut dilanggar lori ketika gulung kanvas

636

Seorang lelaki menemui ajal selepas digilis sebuah lori ketika sedang menggulung kain canvas  di kawasan timbang sawit Jalan Ayer Hitam Lendu, Alor Gajah, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Abd Hafis, 33 merupakan warga Indonesia meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tersebut yang dipandu lelaki tempatan berusia 49 tahun tidak menyedari mangsa berada di depan kenderaan tersebut.



“Kemalangan berpunca apabila pemandu tidak nampak mangsa yang sedang menggulung kain kanvas di dalam kawasan pusat timbang dan telah melanggarnya.

“Akibat insiden itu, mangsa yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here