Lelaki ini mempunyai 114 unit Volkswagen Golf, ini kisahnya bermula…

890

Sejak tahun 1970-an, Volkswagen sudah menghasilkan lebih 30 juta model Golf yang kini menjadi kenderaan kompak popular di seluruh dunia.

Namun, berbeza pula dengan seorang lelaki ini yang memiliki sebanyak 114 unit model Volkswagen Golf itu. 



Inilah boleh dikatakan pengumpul sejati dan ndividu itu adalah Josef Juza dari Austria. Bukannya warga Jerman.

Dia mempunyai koleksi besar itu bermula hanya selepas duduk di dalam Golf sekali gus berasa kagum. Inilah permulaannya. 

“Apabila duduk buat kali pertama di dalam sebuah Golf, saya rasa seolah-olah kereta itu dibina untuk saya seorang.

“Posisi kerusinya, pemanduan yang menyeronokan dan kegunaan setiap hari. Ia apa yang saya suka sebenarnya,” katanya.

Juza memulakan koleksi pengumpulan kereta sebagai sambilan ketika memandu sebuah model Golf generasi kedua iaitu Caddy spesifikasi Eropah.

Sejak itu dia meluaskan pengumpulan dengan memiliki setiap unit untuk setiap kegunaan biarpun musim berubah. Golf Cabrio untuk musim panas, GTI untuk prestasi atau Golf Country ketika musim sejuk.

Dia juga mempunyai model pertama Mk1 Golf dengan spoiler seperti ekor merpati. Model paling tua yang dimilikinya ialah Golf pra pengeluaran edisi 1974 dengan pintu gelongsor ke hadapan.

Selain itu, ada dua model elektrik iaitu CitySTROMer I dan II di dalam simpanannya. Model agak rare ialah model Golf G60 Limited di mana Volkswagen Motorsport membina 71 unit menggunakan tangan.

G60 Limited boleh menjana kuasa 207hp daripada enjin pengecas lampu empat silinder. Turut tersenarai dalam gudangnya ialah sebuah Rallye Golf tahun 1989 yang boleh menghasilkan kuasa 181hp.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here