Potong Ford Mustang untuk hasil jam tangan. Adakah ini kreatif atau membazir?

708

Dua pengasas bersama REC Watches iaitu Christian Mygh dan Jonathan Karmstrup sanggup mengembara seluruh dunia untuk mencari model Ford Mustang lama.

Mengapa? Mereka mampu memproses model kereta yang ditemui tersadai dan tidak digunakan untuk menjadi jam tangan.



Apabila orang melihat bangkai kereta, ia sampah bagi kebanyakan orang. Bagi mereka, ia merupakan suatu kenangan kerana setiap kereta ada kisah disebaliknya. 

Christian Mygh berkata mereka bukan memotong Mustang, tetapi memberi kehidupan kepada Mustang dengan menjadikannya jam tangan.

Oleh sebab itu, setiap jam tangan REC P-51 yang dihasilkan adalah berbeza. Dalam jam tangan itu, ia mengandungi nombor siri kereta, tahun pengeluaran dan perincian lain mengenai kereta itu.

Sebuah butang pemutar mini menunjukkan meter status petrol Mustang untuk memeriksa bekalan kuasa yang tinggal.

Terdapat beberapa model jam tangan lain seperti model edisi terhad P51-04 sebanyak 250 buah dihasilkan daripada sebuah Mustang Raven Black 1966 yang ditemui di Sweden. Raven Black adalah suatu model rare dalam siri Mustang.

Juara drift dunia, Vaughn Gittin Jr. memakai seutas jam yang menggandungi komponen gentian karbon yang diambil daripada jentera Ford Mustang RTR miliki yang mampu menghamburkan 700hp.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here