VCM perkenal 5 naiktaraf XC40 B5 Ultimate (2023), harga RM268k

540

Volvo Car Malaysia (VCM) mengumumkan barisan ciri baharu bagi Volvo XC40 B5 Ultimate (2023) yang dijual pada harga RM268,888.

Berikut naiktaraf yang ditawarkan:



  • Warna badan baharu ‘Fjord Blue’
  • Sistem audio Harman Kardon Premium 
  • Kamera 360° 
  • Sistem infotainmen Android dengan servis binaan dalam Google
  • Penapis udara  PM2.5 pra pembersihan

SUV kompak itu dijana oleh enjin turbo empat silinder berkuasa 263hp dan tork 390Nm yang dipadankan bersama kotak gear automatik 8-kelajuan.

Pelanggan boleh membeli Volvo XC40 B5 Ultimate secara dalam talian melalui laman web rasmi VCM. Untuk tempoh terhad, pengedar rasmi kenderaan Volvo di Malaysia itu menawarkan servis percuma selama lima tahun (VSA 5) bagi semua kereta Volvo yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2022.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here