#TahukahAnda: Ada tombol AHB pada kereta, ini cara guna….

1000

Perkembangan teknologi membuatkan tawaran peralatan pada kenderaan moden semakin canggih.

Ciri peralatan maju tersebut tentunya memudahkan pemandu dan salah satunya adalah Auto Hold Brake (AHB). Ciri keselamatan ini semakin banyak didatangkan pada kenderaan baharu. 

AHB merupakan sebahagian daripada brek parkir elektrik yang mana mencegah kenderaan mengundur ketika berhenti. Biasanya, munculnya ABH dibarengi dengan munculnya fitur electric parking brake pada mobil. 



Komponen ini juga banyak membantu ketika berhenti dalam waktu singkat dan pemandu tidak perlu memijak pedal brek terlalu lama. Misalnya, berhenti di lampu merah, berhenti di bahu jalan atau ketika trafik sesak.

FUNGSI

Sistem akan mengambilalih operasi membrek dan mengunci brek, setelah kereta berhenti dan pemandu menahan brek selama beberapa saat. Jika tekanan pada brek kaki kurang, AHB bakal menambah daya cengkaman.

Cukup hanya menekan tombol Brake Hold, pemandu dapat melepaskan kaki daripada pedal brek dan kereta akan berhenti walaupun pada gear D.

Kemudian sistam automatik melepaskan brek apabila kaki pemandu mula memijak pedal minyak dan kenderaan akan bergerak seperti biasa.

CARA OPERASI

  • AHB hanya dapat diaktifkan apabila tali pinggang keledar digunakan dan pintu ditutup rapat. 
  • Pastikan AHB dalam keadaan ‘standby’, dengan menekan dan tahan tombol AHB hingga lampu indiator (HOLD) muncul di kluster meter dan lampu pada tombol menyala.
  • Setelah itu barulah anda boleh mengangkat kaki daripada pedal brek. 
  • AHB tidak aktif apabila enjin dimatikan, tombol transmisi berpindah ke posisi P atau N, tali pinggang keledar tidak terpasang, hingga Brake Hold sudah lebih dari 10 minit.
  • Sekiranya kenderaan ditunda atau ditarik, pengeluar biasanya akan menyarankan anda mematikan fungsi AHB. 

Menggunakan ciri ini pemandu tidak perlu terus memijak brek, namun elak menggunakan AHB ketika kenderaan berhenti di laluan mendaki mahupun curam.

Ini kerana sistem mungkin tidak dapat menahan kendaraan dalam kondisi diam. Oleh sebab itu hindari menggunakan sistem tersebut ketika sedang berada di jalan yang curam dan licin. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here