Utama Berita Automotif Berita Global Honda 0 α – SUV elektrik konsep baharu tampil di Japan Mobility...

Honda 0 α – SUV elektrik konsep baharu tampil di Japan Mobility Show 2025!

18

Honda sekali lagi tunjuk hala tuju masa depan mereka dalam dunia EV dengan memperkenalkan Honda 0 α (Alpha) menerusi model konsep SUV elektrik generasi baharu yang debut buat pertama kali di dunia sempena Japan Mobility Show 2025 di Tokyo.

Model itu adalah merupakan sebahagian daripada siri Honda 0, menyusul selepas pengenalan Honda 0 Saloon dan Honda 0 SUV yang ditayangkan pada acara CES 2025.

Honda 0 α digelar sebagai “gateway model” kepada seluruh barisan EV baharu Honda, menonjolkan rekaan yang lebih moden, minimalis dan fokus kepada pengalaman pengguna.

Rekaan Honda 0 α berpaksikan falsafah baharu Honda iaitu “Thin, Light, and Wise” (Tipis, Ringan dan Bijak).

Ia menampilkan gaya badan yang langsing dan aerodinamik, tetapi masih mengekalkan ruang kabin yang luas serta posisi pemanduan selesa seperti SUV sebenar.

Bahagian hadapan tampil futuristik dengan lampu utama, port pengecasan dan logo Honda bercahaya disatukan dalam satu panel bersih dan elegan.

 

Bahagian belakang, lampu berbentuk huruf “U” memberi identiti visual tersendiri dengan gabungan lampu belakang, brek dan isyarat membelok dalam satu garis rekaan yang kemas.

Walaupun menampilkan bentuk lebih nipis dan rendah, Honda 0 α masih menawarkan ruang dalaman yang lapang serta tapak roda lebar (wide stance) yang menyerlahkan kestabilan dan karakter SUV yang kukuh di jalan raya.

Honda mengesahkan model produksi sebenar Honda 0 α akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2027, dengan Jepun dan India sebagai pasaran utama terlebih dahulu sebelum diperluas ke pasaran global lain.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here