#JMS2025 : Racco, EV ‘Kei Car’ pertama BYD

9

BYD siap siaga menembusi salah satu segmen kenderaan paling popular di Jepun menerusi pengenalan produk Racco di Japan Mobility Show (2025).

Pendatang baharu dalam segmen kei car itu menjadi model pertama BYD yang direka secara eksklusif untuk pasaran luar negara.

Pada pandangan pertama, BYD Racco masih mengikuti bahasa rekaan kei car sedia ada di Jepun dengan bentuk badan yang berkotak, susulan peraturan saiz dan perkadaran yang ketat bagi segmen berkenaan. 

Garis tingkap dan tiang berbentuk sirip begitu mirip dengan Mitsubishi eK Space generasi sebelumnya, manakala lampu hadapan dan postur mendapat inspirasi daripada Daihatsu Tanto.

Racco menampilkan bonet pendek, cermin depan tegak, pintu gelunsur, bahagian sisi yang rata, dan belakang yang hampir menegak dengan hampir tiada overhang.

Kemudian ia dipadankan dengan pencahayaan LED berbentuk ‘C’ pada kedua-dua lampu depan dan dipasang dengan rim aloi 15 inci. Bahagian kaki pula dilengkapi dengan brek cakera. 

BYD Racco memiliki panjang 3,395 mm, lebar (1,475 mm) dan tinggi (1,800 mm). 

BYD tidak mengeluarkan spesifikasi terperinci rangkaian kuasa elektrik yang ditawarkan, tetapi mengesahkan Racco menggunakan pacuan roda depan.

Pra-tempahan Racco dibuka pada musim panas 2026 dan harga jualan dianggarkan sekitar JPY 2.5 juta (RM68,713).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here