EV Perodua di fasa akhir, komited pastikan kandungan lokal lebih 50 peratus

332

Perodua mengesahkan pembangunan kereta elektrik (EV) pertamanya kini di peringkat akhir dengan keyakinan tahap kandungan tempatan akan melebihi 50 peratus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memberi jaminan bahawa model EV sulung ini akan terus dilokalisasikan selepas pengeluaran besar-besaran bermula awal tahun depan.

“Walaupun kandungan tempatan pada mulanya tidak sama seperti kereta lain, ia akan melepasi 50 peratus dan akan terus dilokalisasikan selepas pengeluaran besar-besaran tahun depan,” katanya.

Jelas beliau, kejayaan tersebut dicapai setelah melalui perjalanan sukar dengan pelbagai konsep seperti Emo 1, Emo 2, dan Emo 3 di samping kerjasama universiti serta pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang cekap.

“Insya-Allah, tak lama lagi kita akan lancarkan EV kita ini. Platform, harta intelek (IP), dan reka bentuk EV ini akan dimiliki sepenuhnya oleh Perodua dan dihasilkan oleh rakyat Malaysia. 

“Jadi, apa yang kita nak, bukan saja EV ni adalah model buatan kita, buatan Malaysia, buatan rakyat Malaysia,” ujarnya ketika ditemui selepas acara Japan Mobility Show (2025).

Beliau juga menyatakan Perodua turut memastikan seluruh ekosistem perindustrian termasuk vendor tempatan, bergerak bersama dalam projek EV itu bagi mendapatkan teknologi terkini.

JAMINAN JUALAN SEMULA 

Menyentuh mengenai cabaran pasaran, Zainal Abidin mengulas mengenai kebimbangan pengguna terhadap nilai jualan semula EV. 

“Untuk segmen EV, lain sikit kita punya planning sebenarnya. Kita akan perkenalkan mekanisme supaya pelanggan yang memiliki EV Perodua, insya-Allah dia tak terasa selepas tiga tahun ataupun lima tahun, harga EV tu akan drop secara mendadak,” tegasnya.

Salah satu konsep yang akan diperkenalkan adalah pajakan bateri untuk mengurus kos pemilikan EV. 

Beliau berharap kaedah sedemikian bersama dengan mekanisme lain, akan memastikan nilai jualan semula EV Perodua dapat dikekalkan, sekaligus meyakinkan pembeli agar harga kenderaan tidak jatuh mendadak. 

“Cumanya, dekat EV ni, kita punya target customer dia punya tu adalah berbeza berbanding dengan ICE, sebab harga kita pun berbeza.

“Jadi dekat EV, kita harap, you know, mendapat sambutan,” jelasnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here